Home Resepi Kek Resepi Kek Marble Mudah dan Gebu

Resepi Kek Marble Mudah dan Gebu

Resepi Kek Marble Mudah dan Gebu − Resepi Kek Marble mudah dan gebu yang saya kongsikan kali ini mudah dan sangat gebu menjadi favorite kek saya. Saya memang lebih suka buat kek marble daripada buat resepi kek coklat. Apalagi untuk kita orang yang memang dah sebati sama kek ni kerana sudah masuk ke tekak sejak kecil dulu.

resepi kek marble

Kalau tak kawan-kawan kolej tu request kek coklat je. Macam tak ada kek lain je. Jadi hari tu saya buat resepi kek marble ini, terkejut kawan tu lihatnya tahu-tahu sudah jadi je keknya. Ianya buatnya lebih simple maka saya suka sajikan ni. Kek ni memang sedap dan gebu. Perlu banyak bekas je buat resepi yang agak remeh untuk memukul telur putih berasingan. Jom cuba lah resepi ni.

Resepi Kek Marble

Bahan-bahan buat kek marble:

  • 8 oz mentega
  • 6 oz tepung gandum
  • 6 oz gula castor
  • 5 biji telur
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan ovalette
  • 3-4 sudu makan serbuk koko yang sudah diayak
  • Tepung diayak bersama baking powder.

Cara buat kek marble:

  1. Masukkan mentega, susu dan esen vanilla dalam satu bekas dan pukul sampai kembang.
  2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur sampai ringan lalu masukkan gula sedikit-sedikit sampai adunan rata.
  3. Masukkan telur kuning ke dalam bekas tu sebiji-sebiji dan pukul hingga rata.
  4. Masukkan Ovalette ke dalam adunan mentega dan pukul lagi sampai rata.
  5. Lepas tu, masukkan sedikit-sedikit tepung yang sudah diayak ke dalam adunan mentega dan gaul dengan satu arah.
  6. Bila sudah rata, bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan masukkan serbuk koko.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimula dengan adunan asal.
  8. Masukkan ke oven dan bakar pada suhu 180 derajat celcius selama 45 minit sampai masak. Bila suhu oven tak sampai, boleh bakar dengan suhu 170 derajat celcius selama 50 menit. Atur-atur sorang lah sesuau dengan oven masing-masing.
  9. Angkat loyang dari oven dan biarkan sekejap hingga sejuk.
  10. Alihkan kek ke atas piring pelan-pelan, jangan sampai hancur.
  11. Kek marble siap dihidangkan.

Demikian resepi kek marble mudah dan sangat gebu. Sedikit tips untuk resepi ni, bila nak gunakan mesin aduk, jangan diberhentikan bila sedang mengadun. Tapi bila gunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.

Leave a Reply