Home Resepi Kuih Raya Resepi Biskut Semperit

Resepi Biskut Semperit

Resepi Kuih Semperit Untuk Juadah Di hari raya

Biskut Semperit

Masa:

Penyediaan: 25 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 55 minit

Jumlah Hidangan : 8

Bahan-Bahan:

  • 260g tepung gandum
  • 350g butter
  • 200g gula aising
  • 2 biji telur
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ceri merah dan ceri hijau untuk hiasan
Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berwarna putih, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga masak.