Home Resepi Kuih Muih Resepi Biskut Raya Terkini 2016 Sedap dan Mudah

Resepi Biskut Raya Terkini 2016 Sedap dan Mudah

Resepi Biskut Raya Terkini 2016 Sedap dan Mudah − Bila masa dekat hari raya, biasanya kita sibuk untuk membuat resepi biskut raya. Meskipun saat ini sudah ramai orang yang menjual di kedai-kedai, biskut buatan sendiri tentu punya cita rasa lebih spesial. Namun tidak semua orang boleh memasak biskut raya sendiri di rumah kerana tidak tahu cara buat ianya. Anda yang masih pusing cuba buat biskut apa untuk hari raya, anda boleh mencuba senarai resepi biskut raya terkini lagi sedap dan mudah yang akan saya kongsikan disini.

Resepi Biskut Raya

Biskut Nastar

resepi biskut raya

Bahan buat biskut nastar:

  • 100 gm margerin
  • 150 gm butter
  • 50 gm gula halus
  • 100 gm cheese parut
  • 300 gm tepung terigu di ayak
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 biji putih telur
  • 1/2 sudu teh vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung di ayak
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1/2 sudu makan kuning telur

Bahan polesan:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan butter cair di kocok lepas
  • cheese parut

Bahan jem nanas:

  • 1 buah nenas
  • 75 gm gula pasir
  • 1 sudu besar butter
  • kayu manis

Cara buat jem nenas:

  1. Buang tulang tengah dan mata nenas, setelah itu di kacau dengan blender.
  2. Masak nenas sehingga kering dan masukkan gula pasir.
  3. Ulas kayu manis dan butter, dan masak hingga kering.

Cara buat biksut nastar:

  1. Pukul margerin, butter, vanila dan gula halus sehingga lembut.
  2. Masukkan telur kocok selama 2 minit.
  3. Masukkan cheese parut, tepung gandum, jagung, susu tepung dan kuning telur, kacau hingga rata.
  4. Cetak dengan spuit bergigi memanjang, masukkan nanas dan gulung.
  5. Poles biskut nastar dengan polesan, pindahkan ke dalam loyang datar.
  6. Bakar biskut nastar di oven dengan panas 165 darjah selama 15-20 minit sampai masak.

Resepi Biskut Arab

resepi biskut arab

Bahan buat biskut arab:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 tin kecil mintak sapi
  • pewarna kuning
  • pewarna pink
  • pewarna biru

Cara buat biskut arab:

  1. Ayak tepung gandum dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak.
  2. Gunakan api sederhana sampai tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.
  3. Gaul gula kastor dengan tpeung, kemudian sudukan minyak sapi sedikit sedikit ke dalam adunan.
  4. Uli sehingga terbentuk doh yang lembut.
  5. Bahagikan menjadi 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga rata.
  6. Cubit sedikit 3 warna doh sama rata dan uli sehingga menjadi bulat.
  7. Letakkan doh ke dalam paper cup.
  8. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 darjah.
  9. Angkat dan sejukkan.
  10. Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan lagi ke dalam paper cup.

Resepi Biskut Cornflakes

resepi biskut cornflakes

Bahan buat biskut cornflakes:

  • 150 gm cornflakes
  • 150 gm coklat bar
  • 50 gm badam cincang
  • 2 sudu besar shortening / mentega
  • sprinkles

Cara buat biskut cornflakes:

  1. Bakar badam cincang dengan suhu 170 darjah selama 15 minit sehingga masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes dalam bekas besar dan ramas kasar supaya senang disudu ke dalam cawan kertas.
  3. Cairkan coklat bar bersama shortening menggunakan kaedah double boiler. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam bekas cornflakes. Gaul bersama badam sehingga sekata.
  5. Sudukan ke dalam cawan kertas.
  6. Taburkan sprinkles ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan.

Resepi Semperit Susu

resepi semperit susu

Bahan buat semperit susu:

  • 250 gm mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • coklat chip

Cara buat semperit susu:

  1. Pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin.
  2. Masukkan esen vanilla dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut.
  3. Rehatkan adunan selama 10 minit.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan terap bunga dahlia. Hias bersama coklat chip.
  5. Bakar selama 15 minit dengan suhu 150 darjah. Angkat dan sejukkan.

Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi

resepi biskut lidah buaya

Bahan buat biskut lidah kucing pelangi:

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 100 ml putih telur
  • 1/4 sudu teh emplex
  • pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru

Cara buat biskut lidah kucing pelangi:

  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga berkrim.
  3. Masukkan putih telur dan putar sehingga sebati.
  4. Masukkan ayakan tepung dan kaup balik dengan spatula sehingga sekata.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna di setiap bahagian.
  6. Paipkan adunan di atas loyang khas lidah kucing dengan menggunakan bag plastik. Corak sesuai warna pelangi.
  7. Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15-20 minit. Selepas itu angkat dan sejukkan.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari resepi biskut raya terkini 2016 lagi sedap dan mudah. Anda juga boleh mencuba resepi biskut raya bahagian dua yang saya kongsikan di postingan lain kerana tak muat tulis semua di sini. Anda boleh mencuba resepi kuih muih tradisional untuk meramaikan hari raya anda.

Leave a Reply