Home Resepi Kuih Muih Resepi Apam Susu Polkadot

Resepi Apam Susu Polkadot

Resepi Apam Susu Polkadot – Hari ini nampak lagi rakan di Facebook yang tayangkan apam susu buatan masing-masing. Kelihatannya gebu sangat. Saya memang suka makan apam yang biasa di makan petang hari sama keluarga sepulang kerja. Apalagi musim hujan seperti ini, perut cepat lapar. Kebetulan saat ini musim cuti, boleh minta tolong anak-anak untuk buatnya. Anak-anak suka bantu buat kerana guna pelbagai bentuk, warna dan rasa apam susu. Baca juga resepi pavlova untuk meramaikan makanan hari ini.

resepi apam susu polkadot

Terdapat pelbagai macam jenis apam susu, mula dari di bakar, di kukus, dengan kuah ataupun yang kering. Kali ini saya nak kongsi resepi apam susu polkadot sukatan cawan kukus yang lagi popular saat ini. Apam susu polkadot ni mudah je buatnya dan bahannya pun simple. Tak lama juga buatnya. Yang suka apam boleh cuba buatnya.

Resepi Apam Susu Polkadot

Bahan-bahan buat apam susu polkadot:

  • 3 biji telur grade A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu cair
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna sesuai selera
  • filling sesuai selera

Cara buat apam susu polkadot:

  1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke mangkuk mixer. Kacau dengan kelajuan maksima hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan susu, tepung gandum, baking powder, esen vanila. Kacau dengan kelajuan minimum hingga sebati.
  3. Bahagi adunan menjadi beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna mengikut selera.
  4. Letakkan adunan ke dalam mangkuk kertas guna piping bag. Jangan sampai penuh.
  5. Letakkan filling secukupnya guna piping bag. Buat dot dot dengan warna berbeza.
  6. Bila adunan sudah habis, kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit sehingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan.

Itulah resepi apam susu polkadot sukatan cawan kukus yang boleh saya kongsikan. Untuk fillingnya, anda boleh guna rasa blueberry, strawberry, coklat, kaya, atau citarasa yang disukai. Boleh buat pelbagai macam gambar di atas apam susu guna filling yang berbeza. Selamat mencuba.

Leave a Reply